Wednesday, April 27, 2016

TRIP INDOCHINA ( CAMBODI & VIETNAM )

salam bacpackers buddies,
jemput masuk,
Trip atau backpackers ke negeri indochina 8 hari 7 malam. cover Cambodia ( Siem Reap & Phnom Penh) langsung ke Vietnam ( HCM & Mui Nei ).
detail tak sampai 100%. hanya 80% sahaja, 20% ingat tak ingat.
itinerary ikut 70% saja yang lain kata hati :)
selamat membaca :)


Trip Indochina

9 APR 2016 ( SATURDAY )

Dari KLIA langsung ke Siem Reap lebih kurang 2 jam lebih. Sampai SR macam biasa airport sana biasa biasa berbanding airport domestic dekat Malaysia. Imigresen sana senang tapi org kaunter tu mintak duit TIPS rm10.. gila kau nak bagi. Buat tak tau ja dan dia bagi balik passport dengan kasar sbb buat2 tak faham. *jangan layan sangt*. Satu hari di SR sewa tuk tuk satu hari 13usd Angkor Kasim tuk tuk. Dapat air free. Satu lagi totally diorg pakai matawang USD, parah sikit bagi kita. Nak  beli air mineral kecil pun 1usd. Cara nk beli air mineral pegi dekar mini mart, kalo nak beli tepi jalan bagi duit dekat orang local yang kenal minta tolong beli air mineral, murah banyak. Macam aku suruh tuktuk driver tolong belikan. Plan satu hari di SR hanya Angkor wat sahaja, tapi driver ckp pegi cultural village, ok aku trima masuk 15usd. Seronok dalam sana bnyk benda tahu tentang org sana. Tambah2 suasana macam zaman P Ramlee, siyes tak tipu sebab suasana dan cara pakai masih di zaman dahulu. Dekat Angkor wat tiket masuk satu hari 25usd,dekat tikat ade gambar kita, tapi sayang tiket hilang T_T ..  cover 3 temple, Angkor wat, beyond temple dan tom rider temple.bermula jejak dengan Angkor wat lepas cultural village samapai pkol 8. Driver tu bawa kedai muslim untuk makan. Dan aku try makan lembu naik bukit.  malam tu check in dekat adan world guest house. Book by booking.com . tiket esok ke phnom phen dah beli siap2 masa sampai SR lagi. Cakap dekat driver nk beli tiket ke PP. jangan risau tiket selalu ada dan makin mahal makin mewah. Tiket tu di jual dekat kedai tour guide. So rege mmg x mangkat lah. Aku amik yang 10usd sahaja. Ok lah untuk bajet.

welcome to cambodia 
pintu masuk Angkor wat
fb tuan tuktuk : angkor kasim 
13usd one day 

Angkor wat





otw ke beyond temple.

beyond temple, temple yang ada wajah

ni tempat tom rider berlakon, tom rider temple




cultural village ade banyak show. sekali masuk 15usd .

tempat wajib kalo backpack pergi night market

10 APR 2016 ( SUNDAY )

Van yang ambil aku ke stesen bas dah sampai pkol 7am lagi. Sharp betul dia datang. Bawa kami ke stesen bas untuk ke PP. perjalanan dalam 6jam. Kali pertama naik bas travel jauh2 dekat negara orang. Dalam bas kebnyakkan orang tempatan. Lagu dalam bas pun bahasa khmer layan ja la. Sambil enjoy my view. Jangan terkejut, jalan diorang tak macam jalan kita. Dari kelate ke KL ade jalan bersih besar ade highway. Dekat sana dari SR ke PP jalan kampong ja, kering kontang berdebu lagi. Rumah ada lagi dinding nipah. Kembali ke zaman 80an Malaysia kita. Sampai PP dalam pukol 2pm. Sampai sana niat nak jalan kaki je cari hostel tapi dengan internet takda, wifi lagilah. Central backpacker jauh sangat nak jalan. Terpaksa ambil tuktuk 4usd untuk ke central backpacker. Dan dia janji nk tolong bawa ke guest house. Dia akan drop kita depan GH dan kita p Tanya rege kalo x suka GH tu. Kalo x suka dia akan dan bawa cri yang lain. Tapi 1st stop dah trus ambil white river GH. 5usd satu malam dan satu bilik. Murah terus grab. Rilex2 kejap lpas tu kluar macam biasa street photography jadi utama. Pukul 4 dah redup. Ok lah nak jalan2. Jalan2 sekitar GH dan malam pergi night market. Agak unik sana, jalan 10minit dari GH. Makan bersila ramai2 dan kedai muslim satu ja. Aku ambil 2 jenis makanan. Satu hari x makan x ke kebulur. Lepas makan pusing2 area sana


stesen bas siem reap
suasana perkampungan sekitar kemboja
night market phnom penh

sekolah sami buddha kot. dia bagi masuk.


11 APR 2016 ( MONDAY )

Masih di PP. keluar agak lambat sedikit sebab tak rushing pun trip ni. Pegi ke central market lebih kurang pasar siti khadijah tak pun pekan rabu. Orang sana ade bleh cakap nayu. Abang beli air kelapa sejuk sedap bang!!!!.. dengan panas terik terik sengoti kalah jugak ngan air kelapa tu 1usd sahaja. Mak aihh nyaman dapat minum. Aku tak de beli pape pun mcm biase misi utama apa???? . balik CM pergi pusing pusing banda phnom penh. Singgah dekat makan Malaysia “ gulai kawah “ eh?? Xingt nama apa :P . borak ngan brader dekat kedai tu. Org kita kerja dekat sana. Banyak jugak dengar story mory 
pasal orang sana. Ambil iktibar jah la. :P. tiket bas untuk ke Ho Chi Minh, Vietnam dh beli siap2 juak. 11usd tix bus selama 7 jam. Pickup free. Malam aku makan dekat KFC, konfem halal. Orang islam ramai makan ramai makan situ. sebelum makan aku p mekong riverside, lepas tu area sekitar tu, tengok gelagak orang cambodia.
sekitar central market phnom penh, jalan kaki 15min dari GH.
dalam central market
sekitar mekong river side dan Royal Palace

12 APR 2016 ( TUESDAY ) **part paling banyak kisah

Ni lawak, penat punya pasal bangun tido sebab bunyi orang ketuk dari billik. Buka2 orang tu cakap tuktuk dh sampai untuk ke stesen bas. Kaluuuttttttt… baju2 sumbat2 macam tu ja. Mandi??? Memang tak mandi lah jawabnya. Masa ni pukul 6.45am dh mcm pukul 8.30 dekat kita. Bas pukul 7.30am. berkali orang tu ketuk pintu nk suruh cepat. Masa tu sumbat ja barang dalam beg. Sebelum tinggal pastikan bilik tu kosong, kot2 barang tertinggal.. kalo tingal mmg tak kan patah balik dah. Ok fine tak mandi. Basuh  muka ja. Naik bas mcm biase layan perasaan. sampai border imigresen Cambodia dengan Vietnam. Agak cepat dan cepat sangat.. driver bas tu siap2 amik passport kita sebelum bertolak lagi. Berat juga nak bagi passport tu siakk. Bagi jugak sebab semua orang bagi. Sampai border Cambodia ngan Vietnam org tu pulangkan balik passport tu dan tengok dekat pasport dh bercop untuk arrival. Bila masa dia cop?? Bingung jap. 

Cuma dekat kawasan Vietnam scan barang untuk kastam ja. Tak de kene isi borang arrival pun. Kalo dekat SR kene isi. Masuk ja Vietnam dah lain suasana beza bapak jauhh suasana padahal baru keluar border Cambodia. Sampai Ho Chi Minh dia masalah pulak bas ni. Dia x turunkan kami dekat stesen bas. Turunkan tepi jalan ja. Sepatutnya turun dekat jalan phan ngum lao( betul ke eja ), st 1, ade stesen bas situ. Kaunter tour guide banyak sana. Turun ja bas ramai dok Tanya nak g mana. Teksi motor aku pangil. Kalut Tanya nk pergi mana. Pergi kaunter tix bas terdekat ckp nk pegi mui nei ptg tu jugak, dia cakap kene pegi stesen bas yg aku cakap tadi. Jauh pulak nk jalan kaki nak ke sana. Terpaksa ambil teksi motor 3usd hampeh. Tapi agak jauh. Takut tu takut jugak, sbb sebelum trip ni de baca kene culik la dekat Vietnam ni. Apa yang aku piker kalo dh curiga aku lompat ja dari motor :)

 Alhamdulliah tak de masalah. Sampai HCM dalam 2.15pm. samapai kaunter tour guide cakap nak pegi mui ne. bas pukul 3 satgi. Aku on ja. Masalah bilik x tau nk cari yang dekat muinei sebab bas akan drop aku depan GH tu. Org kaunter tu siap bagi wifi dia nk cari bilik dkt sana senang bas nk drop. Ni kalut2 sebab ade 20min gitu sebelum brngakt ke Mui Nei.  Tix bus ke Mui Nei dri HCM 4jam sahaja 4usd dan sleeper bus. Jakun tak bas bleh tido????? :P. naik bas bukak kasut selipar letak dalam plastic dia bagi. Layan persaan lagi dan baru tepikir sikit pun aku tak makan lagi hari ni. Hanya minum air. Tak pelik lakan dapat jimat hahaxx. Sampai sana dah Nampak kawasan pantai. bas drop aku tepi jalan, dan dia cakap jalan depan lagi jumpa GH tu. Mohtipp?? Kenapa tak bawak aku trus pegi sana, Nampak sangat dia pun tak tahu.kehkeh. ok jalan2 tanya orang baru jumpa. Jumpa pulak MAAAKKK AIIII MACAM VILLA NABILA x der orang seram. 
sleeper bus

Ade pak cik tengah jaga and tengah minum kopi. Orang Vietnam susah nak cakap BI. Bahasa ayam itik lah, Tanya satu malam berapa, 30 usd dia ckp. Aku dah hanginnn.. tapi sabaarr sebab tengok dalam booking.com 10usd ja satu malam. Aku tunjuk la yang di SS tu dkt fon. Dia geleng2. Aku decide nak pergi cari yang lain. Dia panggil sekali lag ink bg 10usd. Ok lega jap. Ok trima masuk bilik tibe2 mintak passport lagi?? Mohtipp?? Aku x bagi dia nk jugak. Decide sekali lagi nak cari bilik lain. Masa ni dah pukul 8.30pm. sunyi betol jalan dia. ada la mat salleh jalan kaki. Org tempatan tak de. Jalan2 jumpa kaunter tour guide lgi. Bnyk sngt tour guide situ jngn risau. Masuk ade sorg meimei jaga kaunter. Kemain budak tu speaking. Tanya GH yg recommended. Dia ckap ayah dia ade buat. Ok ikut masuk lorong2 sikit MR BOI GH. Sebelah kedai tour guide Agoda. Selesa bilik dia, aircond ade ais box katil king, wifi lagi tapi ade anjing melalak. Masalah betul pulak. Cakap dekat dia jangan bg anjing tu merayau ikat leklok. Kau ghase??? Kuasa pengguna di tangan anda. Satu malam 9usd, mr boi dh bg discount katenya sebab takut anjing. GO AWAYYY!!!!! MR Boi tu mintak jugak passport untuk dia simpan dan bagi balik masa nak check out. Dia cakap memang prosedur tempat tu kene pegang passport. so bagi ja la. Mui Nei saja tau yang kami bagi Passport.

Ok lah trima dengan baik tapi bersyarat. Nak cari makan masalah pulak. baca pengalaman org datang sini, tapau siap2 makanan halal dekat HCM. aku tak sempat nak tapau.dekat sini Halal memang tidak ada, seafood ade banyak kedai jual sana tepi pantaikan. Tanya rege 150usd hukhukhuk. Aku bawa 200 usd jer oii untuk 8 hari.. pegi jalan tengok kedai ade jual maggi . tak Nampak logo halal. Depan lagi aku rase berjalan 3km malam semata-mata nak cari makanan halal. Masuk satu kedai ade maggi. Brand sama ngan tengok tadi. Belek2 ade jer logo halal dekat penutup. Sabooo ja la 3km kot. Saboo ingt balik tujuan dia apa..backpackers kan :) 

Balik bilik orang rumah tu dah tido air panas pulak tak dapat T_T seddihhhh. Makan buah yang sempat beli dekat R&R masa otw datang sini. GH house tu sebelah jer ngn rumah pemilik GH. Ade 3 bilik semua untuk di sewa. Sebelum keluar cari makan tadi ade Tanya pasal pakej GH nak pergi Red Sand Dunes, White Sand Dunes, Fishing Village and Fairy Stream. Boleh pergi sendiri ngn motor tapi Tanya harga pakej satu trip semua tu 4.5usd satu jeep woowwww. Dalam trip tu dah termasuk yang kita nk pegi 4 tempat tu dalam masa 5 jam. Ok lah jeep tu share ngn tourist dari china.


13 APR 2016 ( WEDNESDAY )

Pagi pagi lagi bangun pukul 4.30am. trip dah start ke white sand dunes, untuk tengok sun rise. Tak kejar pun sunrise, kejar nak pergi tempat tu ja. Jauh white sand dunes dalam 30min perjalanan baru sampai. Sampai dah ramai pelancong gigih daki gunung pasir tu. Endurance tak banyak daki separuh dah tercungap. Ade motor padang pasir tu, nak naik kene bayor lain. Mindset dah jimat, daki jugak ke puncak. sampai semputtt bapakkkkk..haha

Lepas white sand pegi ke red sand dunes. red sand dunes tepi2 jalan ja. Bukit pasir merah, sini macam dekat dubai tu. JANGAN CAKAP DEKAT PANTAI KLEBANG PUN ADE. TU TAMBAK NI GUNUNG..HAHAH . sane ade orang offer nak sewa papan luncur. Jeep kami sampai ja, budak2 kecik kepong kami supaya sewa peluncur tu. Tak de masa nak meluncur dia bagi 30min ja.

Lepas red sand dunes, pegi ke fishing village. Yang ni pun teruja jugak. Orang cakap pegi sana busuk apa lah. Dah tempat jual ikan ikan busuk lahh. Sana boleh tengok udang galah besau2 hidup lagi. Jual murah dalam 60k dong. Dalam rm10 bapakk murahhh.
Last point. Pergi fairy stream. Sini tak der pape pun sebab susur jalan kecik ada air ke mini air terjun. Ade gunung pasir warna merah.s cantikkk.. lepas tu habis 5jam balik bilik sambung tido kejap. Mengantuk sebab bangun awal. 


Dalam pukul 1 gitu keluar pergi agoda tour guide tu. Sebelah lorong GH. Borak ngan akak tu. Tanya nak makan seafood mcm mn kalo murah2. Dia cakap dia bleh tolong. Dia akan beli dekat kedai and masak rumah nenek dia. Ketam sekilo sotong besaauuu satu lpas tu macam oyster. Total 50usd. Fresh lagi sebab dia beli dekat pasar tu. Makan ni share 2 orang so 25usd sorng. Ok lah sebab nk merasa makanan sana kan. Jangan risau makanan tu semua bakar. Dan oyster tu dia letak lemon dan daun bawang lpas bakar kejap. Nasi dia bagi sekali air pepsi. Kalo pegi Mui Nei jangn lupa cari akak tu. Dia pun ade pakej ke tempat menarik tapi mahai sangat. Rezeki dapat pakej yang murah. Beli tiket balik ke HCM pun dengan akak tu. 4.5usd. Malam nk makan tu dia carikan orang datang pickup ngan motor. Sampai umah ade 2 ekor anjing melalak lagi gelap pulak tu. Umah nenek dia betul2 belakang pantai sejukkk. Kalo makan petang2 lagi syok lagi. Makan makan agak kenyang. Potion macam untuk 3 orang fuhhh..dah makan settle esok pagi balik HCM. Tu last point

white sand dunes
nak naik ni kene sewa lain, boleh bawa sendiri atau orang dia bawa, 
mengantuk gamaknya abag ni

red san dunes
fishing village
fairy stream 
susur jalan ni jumpa air terjun kecil.
yang macam oyster tu banyak lagi
dia bakar sikit sikit serius sedap

14 APR 2016 ( THURSDAY )

Pukul 9.00 pagi bergerak ke HCM dari Mui nei. Sampai pukul 1pm dekat sana dan bas stop dekat stesen bas. Masa naik sleeper bas pergi balik ke Mui Nei company sama ja. Yang beza masa pegi tenet wifi bas kemain laju, dan masa balik hampeh. Simcard beli jugak macam kene tipu ja tenet slow hampeh betoll.. tapi still boleh hantar gambar ke family dengan wasap. Sampai HCM  ade misi lain.misi borong kain cotton dekat Ban Tanh Market.haha. bab ni ibu kakak2 aku kirim siap2 duit beli benda barang semua tu. Siap beli baggage 20kg.

Sampai stesen bas tu Tanya orang sana nk pergi ke pasar BTM tu. Sebab nak cari hostel area situ. Tapi dekat sana mahal la yop. Sebab betul2 tengah Bandar. Agak mencabar dengan panas lagi bawa beg ke hulu ke hilir masuk tubik GH semata-mata nak rate sesuai dengan bajet. Last sekali jalan2 ade satu tempat murah jugak Hotel Thi Nai. Konsepkan bilik jugak satu malam 15usd. land mark baskin robbin, masuk lorong situ cari la, ak pun tanya orang dan 10min jalan ke BTM. Bilik paling mahal sepanjang backpackers  8 hari.
Tak de pape dekat HCM. Bagi yang suka activity mungkin boring. Bagi aku  tak boring sangat aslkan ade sebiji dslr aku dekat tangan on ja. Sampai HCM ni tak sempat nak pegi tunnel bagai semau tu. ingat sempat cover post office bangunan cantik tu. Tak juga. Takde pape hari enjoy my view

15 APR 2016 ( FRIDAY )

Yang ni mencabar . part beli kain, hari tu jugak aku tahu perkataan "bidang".hhahaha. kain cotton banyak jenis viscose la, jepun la Vietnam la fuhh.. balik Malaysia boleh jual kain. paling murah viscose RM24 sepasang. SANE REGE DAH DALAM RM, JANGAN RISAU NAK TUKAR DUIT. bawa duit RM banyak2. kene pandai cuba bargain, ade satu kedai no berapa entah staf dia pakai baju sama kemeja kotak kuning, situ paling murah. kedai yang lain corak sama nama sama rege mahal. agenda penjual tarik tangan kita tu perkara biase, kene tabah buat tak tahu. sebelum pergi ade baca review orang cakap diorang siap paksa kita beli kalo tak beli kene kepung. yang kene kepung tak de tapi paksa beli untuk tolong member dia ade la. TIPS AKU MASUK DALAM TU, TAK PAYAH NAK MANIS SANGAT SENYUM BUAT MUKA SEKETAT MUNGKING, DEPA TU TAK BERANI NAK KACAU SANGAT. Satu hari kot dok dalam tu. Kuor makan la jap. Kopi ais Vietnam WAJIB cuba, saya ore klate dah biase ngn air pekat macam tu. Sedap sunggohh. Kluar ja klate tea air semua minum bersusu dh tak sedap. Susu campur dengan gula. Lorong dekat kedai makan basiroh tu ade banyak makanan halal. Area Banh Tanh Market tu bleh jadi Malaysia street. Mak cik sana jumpa sana kekwat kot, tak nak senyum.haha gurau ja. Tapi ade makcik pakcik borak dalam kedai makan phoo apa entah, diorang belanja makan rezeki musaffir..kehkeh.. timo kasih mokcik..heee.. hari pun sama tak de benda sangat, enjoy my view.
tak ingat apa nama, tapi ada udang nasi ngn daun pudina,
sedap
ni merasa street food dekat  vietnam.
nama tak dapat dikesan bahannya
udang geragau, telur puyuh, yg warna putih yang base dia
tak tahu apa benda, daun bawang dan satu benda tak nak sebab mencurigakan.

16 APR 2016 ( SATURDAY )

get ready nak balik dah, flight pukul 1.20pm. pegi ke airport naik teksi vinasun. bayar siap2 tambang teksi tu dekat hotel tu, nanti dia bagi satu voucher sebagai tiket teksi dalam 175k dong = rm30. Settel trip indochina 8 hari 7 malam.

kesimpulannya bajet Arround RM1200
tiket flight siem reap rm99
tiket flight KL RM180 + baggage 20kg
tukar 200 usd dengan kadar rate 1usd = rm3.92 :)
dan setengah juta dong = rm80
duit beli kain tak tukar, pakai RM je.
tempat tukar duit bangunan PKNS seksyen 3,sebelah pos laju. situ je la dekat dengan UiTM ( student rupanya ) :) dan agak murah selain midvalley.

TERIMA KASIH, XIE XIE, THANK YOU, ALIGATO HAITT

sebelum aku pergi, cedok ilmu dan pengalaman orang dekat group fB BBM dan blogger. kini tiba waktu untuk aku share kembali, moga bemanfaat.
sebelum trip ni, Januari lepas dah pergi thailand kali pertama backpacker, tak sempat lagi nak share yang Bangkok punya, tergerak hati nak share Trip ni dulu. Bangkok pergi 6 hari. ade kelapangan aku share trip bangkok

next trip Hong Kong ke Macau ?? ke dua2 ???

untuk itinerary lengkap boleh
email : shakir.nordin94@gmail.com
instagram : shakir_nordin ( follow la )
fb: shakir nordin

related search:
bacpackers ke kemboja dan vietnam , trip ke indochina , travel ke indochina , trip bajet ke kemboja dan vietnam , travel bajet ke indochina , travel bajet ke kemboja dan vietnam , backpackers ke mui nei , mui nei,vietnam , cara pergi ke mui nei trip indochina , pengalaman trip indochina , pengalaman travel ke indochina , pengalaman pergi ke indochina , pengalaman trip ke kemboja vitenam mui nei